AYAM KAMPUNG/KEDAH MEMBUAT DAN MENJUAL INKUBATOR PENETAS TELUR AYAM

AYAM KAMPUNG/KEDAH    MEMBUAT DAN MENJUAL INKUBATOR PENETAS TELUR AYAM
CONTOH INKUBATOR BUATAN KAMI YANG TERDAPAT DI PASARAN.KAPASITI BOLEH MASUK 120 BIJI TELUR AYAM KAMPUNG.

MOHD REZUAN MAT ISA.(BOB TOL PENDANG)

MOHD REZUAN MAT ISA.(BOB TOL PENDANG)
TAK HENSEM TAPI MANIS ADA

TERBARU DI PASARAN

TERBARU DI PASARAN
HARGA JUALAN RM430 TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN.KAPASITI TELUR 120 BIJI TELUR AYAM KAMPUNG.THERMOSTAT TERBAIK BUATAN ITALY,IA PENGAWAL SUHU YANG PALING BAIK

PERBINCANGAN/PERTANYAAN

INKUBATOR AKU DAH MASUK TV1

VIDEO PENETASAN ANAK AYAM MENGGUNAKAN INKUBATOR

Khamis, 18 September 2014

MARI KIRA KEUNTUNGAN
RAJAH 1
ANAK AYAM --------AYAM DEWASA----JUAL AYAM
RAJAH 1 DIATAS MENUNJUKKAN PERKARA YANG AKAN KITA LAKUKAN APABILA KITA MENTERNAK AYAM.IAITU MEMBELI ANAK AYAM MEMBELA DAN TERUS JUAL MARI KITA KAJI KEUNTUNGAN
MODAL SEEKOR:-
ANAK AYAM RM2-
MAKANAN HINGGA BESAR RM-6.00
JUAL RM 12-
KEUNTUNGAN RM4
AYAM TERJUAL.
JIKA DIKIRA KITA TAK DAPAT APA.SEBAB KITA RUGI MASA SELAMA 6 BULAN.
RAJAH 2
ANAK AYAM-----= IBU AYAM----=JUAL TELOR AYAM
RAJAH 2 PULA KITA MEMBELA AYAM TIDAK JUAL BILA DEWASA TETAPI MENJUAL TELOR MARI KITA KIRA KEUNTUNGAN

ANAK AYAM RM2
KOS MAKAN RM4
JUAL TELOR SEBIJI RM0.60
10 BIJI TELOR X RM0.60=RM4.00
SEKALI JUAL TELOR UNTUK SEEKOR IBU
IBU AYAM TIDAK TERJUAL

TIDAK BALIK MODAL UNTUK PENJUALAN PERTAMA TETAPI IBU AYAM TIDAK TERJUAL.JIKA TELOR DIRAMPAS DARI IBU AYAM,AYAM TERSEBUT AKAN BERTELOR BALIK DALAM MASA YANG SINGKAT

RAJAH 3
ANAK AYAM-----=IBU AYAM----=TELOR AYAM--------=INKUBATOR



RAJAH 3
PULA KITA BELA AYAM KEMUDIAN TELOR DAN MASUKKAN TELOR KEDALAM lNKUBATOR.BIAR IA MENETAS. MARI KITA KIRA KEUNTUNGANNYA.
ANAK AYAM DIJUAL DENGAN HARGA RM2

ANAK AYAM RM2
KOS MAKANAN RM6
BERTELOR 15 BIJI
TELOR AYAM DIMASUKKAN KE DALAM INKUBATOR 15 BIJI
15 EKOR X SEEKOR RM2=RM30 SEEKOR UNTUNG RM22

DENGAN MENJUAL ANAK AYAM KITA AKAN MEMAKSIMAKAN KEUNTUNGAN..MODAL MENETAS ANAK AYAM RM0.60
SEEKOR TERMASUK KOS ELEKTRIK...

IBU AYAM TIDAK TERJUAL.SELEPAS 20 HARI IA AKAN BERTELOR LAGI...ANAK AYAM TIDAK PERLU BANYAK MASA.
HANYA 1 BULAN KITA AKAN DAPAT HASIL.OLEH ITU KITA MESTI MEMILIKI INKUBATOR UNTUK PROJEK KOMERSIAL.....

Selasa, 18 Februari 2014

PROMOSI KAT CERMIN BELAKANG KERETA

PROMOSI INKUBATOR KEPADA SESIAPA YANG TERLIHAT DI JALANAN....SALAH SATU CARA PROMOSI PERNIAGAAN SAYA.

Selasa, 7 Januari 2014

ANAK AYAM KAMPUNG DAN AYAM KACUKAN

ANAK AYAM KAMPUNG UNTUK DIJUAL RM 2.30 SEEKOR DAN PEMBELIAN 500 EKOR KEATAS RM 2.00 SEEKOR. SAYA AKAN BERI LEBIHAN SEBANYAK 30 EKOR UNTUK PEMBELIAN 500 EKOR DAN KEATAS.

SAYA JUGA ADA MENJUAL AYAM KACUKAN RM 2.00 SEEKOR DAN BELIAN 500 EKOR KEATAS  RM 1.80 .AKAN DI BERI LEBIHAN SEBANYAK 30 EKOR.

SEMUA PROSES ORDER UNTUK PEMBELIAN DIKENAKAN DEPOSIT 10% DARIPADA KOS PEMBELIAN.PENGHANTARAN KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA DAN KOS PENGHANTARAN BOLEH DIRUNDING.

SILA CALL SAYA UNTUK ORDER  DI TALIAN 016-5538950 MOHD REZUAN @BOB
TELEFON RUMAH 04-7847157

Sabtu, 27 Julai 2013


Kelebihan Ayam Mutiara / Api-api




KITA mungkin biasa mendengar ayam kampung, serama dan ayam belanda (piru / turkey). Tetapi tidak ramai yang mengenali sejenis lagi ayam yang tidak kurang hebatnya iaitu ayam mutiara atau api-api.
Hebatnya ayam yang berasal dari benua Afrika ini bukan kerana bentuk fizikalnya – kelabu berbintik putih dan bertanduk kecil atau kerana kokokan yang nyaring hingga layak digelar ‘polis ladang’ termasuk menghalau ular, tetapi kerana nilai komersialnya yang tinggi berikutan dagingnya yang berkhasiat dan rendah kolesterol berbanding ayam daging.

Di negara Barat misalnya, juadah ayam mutiara yang beratnya boleh mencecah 1.6 kilogram ini, amat popular kerana baik untuk kesihatan, sekali gus menjadikan harganya tinggi. Tidak kurang dakwaan yang mengaitkan telurnya mampu meningkatkan hubungan kelamin.

Ayam ini juga berperanan sebagai penjaga kebun. Ini disebabkan ayam mutiara ini sememangnya diketahui sebagai pengawal haiwan perosak secara semula jadi.

Ayam mutiara ini juga mudah dijaga kerana kurang makan, cuma masalahnya, ia suka bertelur di tempat tersembunyi seperti di kawasan semak.

Harganya subjektif bergantung kepada penawaran dan permintaan di pasaran. Dulu ayam mutiara dewasa cuma RM35 seekor kerana tak banyak permintaan. Tapi sekarang….?

Harga induk ayam mutiara ini dijual di kedai haiwan peliharaan pada harga RM130 seekor. Kalau beli terus dari ladang mungkin boleh dapat harga murah lagi.

Seekor ayam mutiara betina mampu bertelur sehingga 30 biji pada satu-satu masa dan tempoh matangnya pula sembilan bulan ke atas atau satu hingga satu setengah tahun ke atas. Tempoh pengeraman menggunakan inkubator adalah 28 hari.
Menariknya, kita tidak perlu tunggu lama untuk mendapat hasil kerana anak ayam berusia dua setengah bulan pun sudah boleh dijual.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Sains Haiwan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Zukifli Idrus, berkata ayam mutiara ini boleh disifatkan sebagai produktif serta tahan lasak berbanding ayam daging biasa.

“Ia mula bertelur selepas berusia setahun manakala ayam daging pula bertelur apabila ia mencecah usia 20 minggu. Tetapi ayam mutiara ini sebaliknya mampu bertelur sehingga tujuh tahunlamanya. Oleh itu kita boleh katakan antara keunikan ayam mutiara ini adalah tempoh kemampuannya bertelur,” katanya.

Keunikan lain ayam mutiara ini, kata Dr Zulkifli adalah ia lebih tahan lasak dalam keadaan cuaca panas.
“Ayam mutiara ini memang tahan lasak disebabkan asal usulnya dari Afrika Barat yang bercuaca panas. Ayam daging sebaliknya tidak tahan panas dan boleh mati.”

Ini katanya, berkait rapat dengan faktor genetik ayam daging yang sudah diubah suai berikutan kedudukannya sebagai ternakan komersial.

“Pengubahsuaian itu menjadikan ayam daging ‘lemah’ kerana keutamaannya ialah untuk memastikan pertumbuhan yang lebih cepat.”

Faktor itu juga kata Dr Zulkifli, turut menjadikan ayam daging lebih tinggi kolesterol kerana kandungan lemaknya yang banyak berbanding ayam mutiara.

“Daging ayam mutiara sebaliknya diketahui lebih sihat dan rendah kolesterol jika dibanding dengan ayam daging. Bagi setiap 100 gram misalnya, lemak dalam ayam mutiara cuma dua gram manakala ayam daging, enam gram. Ini menunjukkan kandungan lemak ayam daging itu adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada ayam mutiara,” katanya.

INKUBATOR PENETASAN TELOR AYAM

APA ITU INKUBATOR PENETASAN AYAM ?
INKUBATOR Ialah alat/mesin ciptaan manusia yang mengantikan pengeraman ibu ayam.
alat ini menggunakan tenaga elektrik,terdiri daripada satu unit termostat dan 8 biji mentol 5 watt serta satu unit termometer peyukat suhu.mesin ini boleh mengeram telor ayam,puyuh,itik,angsa serta telor burung
.

MENGAPA ANDA PERLU MENGGUNAKAN INKUBATOR?
1)Kos penetasan yang rendah, hanya rm 0.60 termasuk kos elektrik.

2)Bila telor yang diambil/rampas ibu ayam tersebut akan bertelor lagi dalam masa yang singkat.

3)Ibu ayam yang membawa anak akan mengambil masa yang lama untuk bertelor lagi mungkin hampir 5 bulan bawa anak.

4)Anak ayam yang ditetaskan dari inkubator akan selamat dari ancaman pemangsa serta mati kesejukan.

5)Bila ibu ayam banyak mengeram,ibu ayam tersebut selalunya akan berebut sarang dan telor sendiri akan ditinggalkan.telor ayam yang telah melalui proses pengeraman akan rosak jika ditinggalkan lebih dari 6 jam.

6)Jika ayam bertelor l5 biji tidak semua akan muat didalam/bawah perut ibu ayam.telor yang terkeluar dari perut ibu akan rosak/tembelang.jika dmasukkan kedalam inkubator perkara ini dapat diatasi.

7)Telor yang di eram oleh ibu ayam akan terdedah pada cuaca yang tidak menentu cth:-hujan,panas,sejuk serta pemangsa spt:-ular /biawak.

8)Telor ayam yang terlewat menetas akan ditinggalkan ibu tersebut,hanya yang cepat menetas akan dibawa bersama. telor ayam tempoh pengeraman selama 18-21 hari, ini
akan terjadi kelewatan menetas.dah menebuk pun akan ditinggalkan.

9)Telor masih dalam proses pengeraman juga boleh dimasukkan ke dalam inkubator.tiada masalah dan tempoh pengeraman sama sahaja.


12)Anak ayam yang menetas akan dijaga dan dibela sehingga berumur sebulan baru dilepaskan kedalam reban.anak ayam akan membawa diri sendiri tanpa mengikut ibu.

13)Pembelian anak ayam di pasaran rm2.00 seekor dengan ada inkubator sendiri modal hanya rm0.60 seekor.itupun jika anda membeli telor berharga rm 0.40.kalau ada telor sendiri lagi untung.HANYA MODAL ELEKTRIK RM .020

14)Anda boleh membuat penjualan sendiri anak ayam dan membuka pusat pembenihan.

15)Anak ayam yang keluar dari inkubator akan dipanaskan dengan lampu 5 watt,ini akan menghindarkan anak ayam dari kesejukan.

16)Jika banyak ibu ayam membawa anak,maka akan berlaku perkelahian sesama mereka untuk merebut makanan.masing-masing nak rebut untuk anak.

17)Jika mahu menjadi penternak komersial,kita perlu ada inkubator.ayam akan cepat membiak
dan pengurusan kita akan menjadi lebih senang.

18) Telor ayam boleh dimasukkan secara berperingkat-peringkat,jika ada 10 biji boleh dimasukkan kedalam inkubator,cuma tulis tarikh pada telor tersebut.besok jika ada lagi boleh masukkan lagi,cuma tulis tarikh aja.

19)SISTEM PENGERAMAN INI DAPAT MENGHINDAR DARI HAMA-HAMA YANG BOLEH MENYEBABKAN KEGATALAN KULIT.
JADI TERPULANG LAH PADA ANDA MEMIKIRKAN SECARA LOGIK.SEMOGA ANDA AKAN MENJADI PENTERNAK YANG BERJAYA.....

KERATAN IKLAN DALAM AGRIPLAZA


                                              PENDAFTARAN PADA TAHUN 2008


PEMBUATAN INKUBATOR SAYA KINI DAH MASUK 5 TAHUN DIPASARKAN.KINI JUALAN  PRODUK SAYA ADALAH SANGAT MEMBERANGSANGKAN.TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBELI YANG TELAH MEMPERCAYAI PRODUK SAYA.KINI TELAH DIJUAL MELEBIHI 1000 UNIT SELURUH MALAYSIA.PADA TAHUN 2008 YANG JUAL INKUBATOR HANYA SAYA DAN LAGI SEORANG BERNAMA NIZAM TRIPOD.KINI PENJUAL INKUBATOR TUMBUH BAGAI CENDAWAN SELEPAS HUJAN.
 SETIAP ORANG MEMPUNYAI REZEKI MASING-MASING,HANYA SATU PESANAN SAYA KEPADA RAKAN-RAKAN PENJUAL YANG LAIN,BILA MENJUAL PASTIKAN ANDA BOLEH MENYELESAIKAN PERMASALAHAN PEMBELI,INI KERAN TERDAPAT JUGA PEMBELI YANG MENGADU BILA DIGUNAKAN INKUBATOR TIDAK MENETAS,ADA JUGA PENJUAL TIDAK DAPAT MEMBERI SEBAB KENAPA TIDAK MENETAS....SAYA BERHARAP DALAM BIDANG YANG KITA CEBURI INI JANGAN ADA PEMBELI KERUGIAN KERANA SETIAP SEN YANG DIBAYAR@ DILABURKAN PASTI MEREKA MAHUKAN HASIL YANG TERBAIK.SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA PENTERNAK DAN PENJUAL PRODUK INKUBATOR SEMUA.

Sabtu, 12 Januari 2013

Kelebihan Ayam Mutiara / Api-api


Kelebihan Ayam Mutiara / Api-api




KITA mungkin biasa mendengar ayam kampung, serama dan ayam belanda (piru / turkey). Tetapi tidak ramai yang mengenali sejenis lagi ayam yang tidak kurang hebatnya iaitu ayam mutiara atau api-api.
Hebatnya ayam yang berasal dari benua Afrika ini bukan kerana bentuk fizikalnya – kelabu berbintik putih dan bertanduk kecil atau kerana kokokan yang nyaring hingga layak digelar ‘polis ladang’ termasuk menghalau ular, tetapi kerana nilai komersialnya yang tinggi berikutan dagingnya yang berkhasiat dan rendah kolesterol berbanding ayam daging.

Di negara Barat misalnya, juadah ayam mutiara yang beratnya boleh mencecah 1.6 kilogram ini, amat popular kerana baik untuk kesihatan, sekali gus menjadikan harganya tinggi. Tidak kurang dakwaan yang mengaitkan telurnya mampu meningkatkan hubungan kelamin.

Ayam ini juga berperanan sebagai penjaga kebun. Ini disebabkan ayam mutiara ini sememangnya diketahui sebagai pengawal haiwan perosak secara semula jadi.

Ayam mutiara ini juga mudah dijaga kerana kurang makan, cuma masalahnya, ia suka bertelur di tempat tersembunyi seperti di kawasan semak.

Harganya subjektif bergantung kepada penawaran dan permintaan di pasaran. Dulu ayam mutiara dewasa cuma RM35 seekor kerana tak banyak permintaan. Tapi sekarang….?

Harga induk ayam mutiara ini dijual di kedai haiwan peliharaan pada harga RM130 seekor. Kalau beli terus dari ladang mungkin boleh dapat harga murah lagi.

Seekor ayam mutiara betina mampu bertelur sehingga 30 biji pada satu-satu masa dan tempoh matangnya pula sembilan bulan ke atas atau satu hingga satu setengah tahun ke atas. Tempoh pengeraman menggunakan inkubator adalah 28 hari.
Menariknya, kita tidak perlu tunggu lama untuk mendapat hasil kerana anak ayam berusia dua setengah bulan pun sudah boleh dijual.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Sains Haiwan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Zukifli Idrus, berkata ayam mutiara ini boleh disifatkan sebagai produktif serta tahan lasak berbanding ayam daging biasa.

“Ia mula bertelur selepas berusia setahun manakala ayam daging pula bertelur apabila ia mencecah usia 20 minggu. Tetapi ayam mutiara ini sebaliknya mampu bertelur sehingga tujuh tahunlamanya. Oleh itu kita boleh katakan antara keunikan ayam mutiara ini adalah tempoh kemampuannya bertelur,” katanya.

Keunikan lain ayam mutiara ini, kata Dr Zulkifli adalah ia lebih tahan lasak dalam keadaan cuaca panas.
“Ayam mutiara ini memang tahan lasak disebabkan asal usulnya dari Afrika Barat yang bercuaca panas. Ayam daging sebaliknya tidak tahan panas dan boleh mati.”

Ini katanya, berkait rapat dengan faktor genetik ayam daging yang sudah diubah suai berikutan kedudukannya sebagai ternakan komersial.

“Pengubahsuaian itu menjadikan ayam daging ‘lemah’ kerana keutamaannya ialah untuk memastikan pertumbuhan yang lebih cepat.”

Faktor itu juga kata Dr Zulkifli, turut menjadikan ayam daging lebih tinggi kolesterol kerana kandungan lemaknya yang banyak berbanding ayam mutiara.

“Daging ayam mutiara sebaliknya diketahui lebih sihat dan rendah kolesterol jika dibanding dengan ayam daging. Bagi setiap 100 gram misalnya, lemak dalam ayam mutiara cuma dua gram manakala ayam daging, enam gram. Ini menunjukkan kandungan lemak ayam daging itu adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada ayam mutiara,” katanya.

Tips Menetaskan Telur Ayam


Tips Menetaskan Telur Ayam

Telur boleh disuluh menggunakan torch light untuk melihat keadaan di dalamnya. Jika semasa telur ditetaskan, terdapat urat-urat merah, itu tandanya telur itu ada benih. Jika tiada apa-apa perubahan pada telur, itu tandanya telur rosak


Tidak semua telur yang dimasukkan ke dalam inkubator akan berjaya ditetas. Bagi pengusaha yang baru belajar menggunakan inkubator, sudah pasti mudah berputus asa dan menyalahkan inkubator. Sebenarnya, bagi pengusaha-pengusaha baru, jika 40%-60% telur berjaya ditetas, sudah memadai untuk dikatakan sebagai berjaya!

Bagi yang telah berpuluh-puluh tahun berkecimpung dalam bidang ini, belum tentu mereka dapat menetaskan 100% telur-telur tersebut.Betul tak?

Daripada perkongsian maklumat bersama pengusaha-pengusaha didapati beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk memaksimakan peratusan tetasan telur.

Antaranya ialah:

1.Telur mestilah bersih, kering dan bebas hama. Telur yang kotor dan basah dikhuatiri takkan menetas. Kalau boleh cuci kulit telur sampai bersih dengan kain kesat atau kertas pasir halus tapi pastikan tidak digosok terlalu kuat hingga retak atau kulit menjadi nipis

2. Telur tidak boleh dibiarkan lebih seminggu dari tarikh telur keluar dari rahim ibu ayam.

3. Kedudukan inkubator mestilah di tempat yang tertutup supaya suhu persekitaran terkawal. Bebas dari pancaran matahari dan tiupan angin. Bayangkan inkubator itu seperti ibu ayam yang sedang mengeram. Sudah tentu dia tidak suka mengeram di tempat yang terang dan terbuka. Betul tak?

4. Pastikan inkubator bebas daripada kuman,hama dan seumpama dengannnya.

5. Set suhu pada termostat hingga bacaan termometer berada antara 38-40 C sebelum memasukkan telur. Julat yang terlalu besar kurang bagus. Seeloknya lampu terpadam bila suhu naik sehingga 40 C atau turun sehingga 38 C.

6. Kelembapan inkubator perlu dikawal. Inkubator manual yang menggunakan bekas air untuk mengawal kelembapan perlu sentiasa mempunyai air. Kereta kita pun perlukan air bateri kan? Kalau air bateri kering apa akan jadi?

7. Peneropongan telur perlu dibuat pada hari ke-3, ke-14 dan ke-18 untuk memastikan berlakunya persenyawaan. Boleh dibuat secara manual dengan meneropong dengan “torch light” di tempat gelap. Kalau nampak ada urat-urat merah tu, INSYAALLAH tanda-tanda kejayaan!








8. Telur perlu diputar sekurang-kurangnya 3 kali sehari bagi memastikan embrio tidak melekat pada kulit dan keseluruhan telur mendapat kepanasan yang sekata. Kalau rajin, boleh alih setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik kerana ada penternak yang mendapat penetasan telur 90% dengan cara ini. Telur tidak dialih pada hari ke-18 dan pastikan bahagian merekah berada di atas kerana waktu itu anak ayam dah mula nak keluar. Kalau alih nanti takut cecair tumpah.


9. Kadangkala kita tengok ibu ayam meninggalkan telur tanpa dieram selama beberapa ketika untuk cari makan atau berguling-guling di atas pasir. Tingkahlaku tersebut ialah untuk mendinginkan telur. Kita boleh meniru aksi tersebut dengan membuka inkubator selama 10-15 minit atau keluarkan telur tersebut untuk diteropong.

10. Menjelang hari ke-18, kelembapan perlu ditambah untuk memudahkan pemecahan cengkerang.

11. Bila anak ayam dah keluar, ia perlu dibiarkan sehari semalam tanpa makan dan minum di dalam inkubator untuk mengeringkan bulunya sebelum dialih ke kotak D.O.C (Day of Chicken) yang dipasang lampu sebagai sumber pemanas. Boleh guna lampu 5 watt.



INSYAALLAH semoga rezeki kita diberkati. Tanda-tanda rezeki yang berkat ialah semakin rezeki bertambah, semakin kuat kita beribadat. Bukannya bila ayam-ayam bertambah banyak, kita semakin sibuk hingga tak sempat nak sembahyang.

JUALAN INKUBATOR KINI DAH MENCECAH 1000 UNIT

TIRAI 2012 TELAH BERLABUH,ALLHAMDULILAH INKUBATOR KELUARAN AYAM KAMPUNG/KEDAH DAH MENCAPAI SASARAN PENJUALAN 1000 UNIT PADA TAHUN INI.TERIMA KASIH BUAT SEMUA PEMBELI YANG MEMPERCAYAI PRODUK KELUARAN KAMI.KEPADA YANG BELUM MEMILIKI ATAU TERCARI-CARI PRODUK INKUBATOR UNTUK MEMAJUKAN PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG,SERAMA,ITIK ,PUYUH DAN PELBAGAI UNGGAS KAMI ADALAH PILIHAN TERBAIK.KAMI MENJANJIKAN PENETASAN TERBAIK DAN KHIDMAT NASIHAT SELEPAS JUALAN.KAMI JUGA AKAN MEMASTIKAN ANDA MENDAPAT KEPUASAN BILA BERURUSAN DENGAN KAMI.TEMPAHAN TANPA DEPOSIT DAN BAYARAN APABILA TEMPAHAN DAH SIAP BAGI MENGELAKKAN ANDA TIDAK RISAU TENTANG KELEWATAN PENGHANTARAN ATAU BERLAKU PENIPUAN PEMBELIAN INTERNET.LAGI SATU JAMINAN KAMI,BARANG ANDA AKAN SIAP DALAM MASA 4 HINGGA   YANG PALING LAMA ADALAH SEMINGGU JIKA TEMPAHAN TIDAK BANYAK.PENGHANTARAN TEPAT MASA YANG DIJANJIKAN.SEKALI SAYA BERTERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBELI DARI SELURUH NEGARA TERMASUK DARI SABAH DAN SARAWAK...........

KEPADA SEMUA PEMBELI YANG SAYA TERLUPA AKAD JUAL-BELI SETELAH KITA BERURUSAN.......

SAYA MENJUAL INKUBATOR SAYA DENGAN SEBANYAK HARGA YANG DIPERSETUJUI ANTARA KITA............DAN SATU LAGI JIKA ADA MASALAH CALL SAYA  UNTUK KITA MENYELESAIKAN BERSAMA.......






                       TEMPAT KERJA SAYA JIKA NAK BERJUMPA SAYA


                        AKU BUDAK TOL PENDANG(PLUS)

Khamis, 19 April 2012

KINI SUDAH 800 UNIT DIJUAL

KINI JUALAN INKUBATOR  LARIS MACAM PISANG PANAS ,.RAMAI YANG MENYEDARI PENTERNAKAN AYAM ADALAH HOBI BOLEH  MENDATANGKAN HASIL YANG LUMAYAN.TEMPAHAN INKUBATOR KINI DAH MENCECAH 800 UNIT.RAMAI YANG MEMBELI AKAN MEMBELI LAGI KERANA PENTERNAKAN MEREKA DAH BERKEMBANG MAJU DAN JUMLAH TERNAKAN SEMAKIN BERKEMBANG DAN CEPAT MEMBIAK....KINI TERNAKAN AYAM MENGGUNAKAN INKUBATOR DAH MENJADI SATU ALAT YANG AMAT PENTING UNTUK PEKEMBANG BIAK TERNAKAN..SYABAS KEPADA PEMBELI YANG MEMILIKI LEBIH DARIPADA 1 UNIT,SESIAPA YANG PERNAH MENGGUNAKAN PRODUK SAYA PASTI ANDA TIDAK AKAN CARI LAIN SELAIN DARI PRODUK INI.INI JANJI SAYA,SAYA BERANI JAMIN 3 TAHUN KETAHANAN THERMOSTAT JENAMA CAEM(ITALY) INI KERANA TIADA SATU PUN YANG ROSAK DIMANA SAYA TELAH MENJUAL SEBANYAK 800 UNIT...SAYA BERANI GERENTI...ROSAK TUKAR BARU, TIADA LAGI REPAIR.SELAIN ITU PENETASAN YANG TERBAIK....HANDPHONE SAYA ON 24 JAM SILA CALL JIKA ADA MASALAH PENETASAN...INI YANG SAYA JANJIKAN APABILA ANDA MEMBELI PRODUK SAYA....DAH LAMA PERKARA INI SAYA JANJIKAN.......SEMOGA BERJAYA PADA PENTERNAK SEMUA........TUNJUK AJAR AKAN SAYA BERIKAN JIKA ANDA MEMBELI  INKUBATOR SAYA......SAYA TIDAK AKAN LEPAS TANGAN JIKA ANDA ADA MASALAH.....

Selasa, 3 Januari 2012

JUALAN INKUBATOR TAHUN 2011

Tahun 2011 telah melabuhkan tirainya,kini 2012 berganti,rekod jualan tahun lepas amat memuaskan bagi saya, Ayam kampung kedah telah berjaya menjual hampir 150 unit inkubator dan sebanyak 20 unit thermostat italy berjaya terjual.kini pesanan demi pesanan kami terima,tidak kira dari semenanjung ataupun dari Sabah dan Sarawak.sekarang kami banyak terima tempahan dari pembeli yang pernah membeli unit kami dahulu  untuk menambah koleksi kerana penternakan mereka bertambah besar dan  berkembang maju,tidak lupa sebuah kedai  dari Alor Setar yang menjual mesin pertanian juga membeli produk kami lebih dari 40 unit.terima kasih buat kedai KETO Mergong Alor Setar.Kami menghargai dengan sokongan daripada pembeli.Walaupun kos barangan mengalami kenaikan yang amat ketara,kami masih lagi mengekalkan harga jualan kami sejak 4 tahun lalu iaitu Rm 430 seunit tidak termasuk kos penghantaran bagi semenanjung.kos sabah dan sarawak mengikut caj Pos Laju  Malaysia.Kepada pelawat blog ini terima kasih diucapkan kepada anda semua kerana sudi melawat dan jika anda berminat sila call saya untuk tempahan,saya berjanji saya akan memberi servis yang terbaik untuk anda bila anda berurusan dengan kami.Ini adalah perniagaan keluarga kami,yang membuat dan menyiapkan barangan saya adalah ayah saya sendiri,kini ayah saya tidak lagi ke ladang berkerja mengambil upah menebas dan meracun.kini beliau sibuk menyiapkan tempahan inkubator,kini beliau sepenuh masa berada dirumah,tidak perlu lagi berpanas berhujan,saya berasa bangga kerana saya dapat merubah hidup kami sekeluarga.Jika anda berkesempatan,sila lawati bengkel kami di alamat: No 89b Kampung Baru,Jalan Gajah Putih 06750 Pendang Kedah.Atau hubungi ayah saya di talian 019-5538930 pak cha misai (nama gelaran bagi ayah saya  bagi penduduk kampung kami) kawasan kampung kami berhampiran dengan FELDA SUNGAI TIANG KEDAH. Atau call saya untuk pertanyaan 016-5538950 BOB

Khamis, 6 Oktober 2011

APA AKAN TERJADI JIKA INKUBATOR ANDA TERDAPAT WAP ATAU BERPELUH DALAM BAHAGIAN CERMIN?

SALAH SATU PENYEBAB INKUBATOR ANDA TERDAPAT WAP (BERPELUH) PADA CERMIN INKUBATOR ADALAH KERANA PROSES TINDAK BALAS  AIR DI DALAM INKUBATOR YANG BERLEBIHAN.KEJADIAN  INI AKAN MEMPENGARUHI SUHU DAN KADAR KELEMBAPAN DALAM INKUBATOR ANDA,JIKA PERKARA INI BERLAKU ,SUDAH PASTI INKUBATOR ANDA ADA MASALAH PENETASAN. TELUR DALAM INKUBATOR JUGA  PASTI AKAN ROSAK DAN TIDAK MENETAS. TERDAPAT BANYAK INKUBATOR YANG DI PERBUAT  DARI METERIAL ATAU BAHAN PLASTIK SELALUNYA AKAN MENGHADAPI MASALAH SEPERTI INI. INI KERANA PLASTIK TIDAK MENPUNYAI RONGGA  YANG  DAPAT MENYERAP WAP AIR DARIPADA KELEMBAPAN DALAM INKUBATOR..TINDAK BALAS DARI KELEMBAPAN DALAM INKUBATOR DENGAN KEPANASAN MENTOL AKAN MENYEBABKAN TERJADINYA WAP AIR YANG BERLEBIHAN ATAU BERPELUH..PERKARA INI PERLU DIHINDARI JIKA HABA DI DALAM INKUBATOR INI STABIL,KESTABILAN SUHU AKAN MEMBANTU PENETASAN TERBAIK. PLAYWOOD ADALAH METERIAL YANG TERBAIK,KERANA IA  MEMPUNYAI RONGGA YANG HALUS SERTA IA DAPAT MENYERAP SERTA MENGERINGKAN WAP AIR TERSEBUT DI SAMPING ITU  JUGA IANYA  MAMPU MENYIMPAN HABA YANG AGAK  LAMA SEKIRANYA  BERLAKU GANGGUAN ELEKTRIK DI TEMPAT ANDA.JIKA ADA GANGGUAN ELEKTRIK ,INKUBATOR YANG DIPERBUAT DARI PLAYWOOD DAPAT MENYIMPAN HABA LEBIH DARI 6 JAM,SUDAH PASTI TELUR DALAM INKUBATOR AKAN SELAMAT.UNTUK PENGETAHUAN ANDA, TELUR AYAM YANG MENGALAMI PROSES PENETASAN AKAN CAIR SAMA MACAM  LILIN BILA PANAS DAN JIKA SEJUK IANYA  AKAN MEMBEKU DAN EMBRIO DALAM TELUR AKAN MENGERAS DAN MEMBEKU,SUDAH PASTI AKAN MATI.  JIKA PERKARA INI TERJADI.PENETASAN ANDA TIDAK AKAN BERJAYA, TELUR YANG KESEJUKAN SELEPAS MENJALANI PROSES PENETASAN HANYA AKAN  BERTAHAN SELAMA 6 JAM.ADAKAH METERIAL PLASTIK DAPAT MENGEKALKAN HABA TERLALU LAMA.,SUDAH TENTU TIDAK, KERANA PLASTIK IANYA CEPAT SEJUK DAN TIDAK MAMPU MENYIMPAN HABA BUAT MASA YANG  AGAK LAMA, JADI .FIKIR-FIKIRKAN LA...'SETIP SEN YANG ANDA BAYAR,PASTI ANDA MENGHARAPKAN PULANGAN YANG TERBAIK' JANGAN BIARKAN KEGAGALAN DALAM PENETASAN AKAN  MELENYAPKAN HOBI ANDA....

Isnin, 27 Jun 2011

KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN 26/JUN/2011

MAMPU JUAL LEBIH 600 UNIT



PADANG PELIANG – Inkubator atau lebih dikenali sebagai mesin penetas telur yang menggunakan elektrik mampu meningkatkan hasil ternakan apabila mesin itu dapat mempercepatkan penetasan telur.
Sinar Harian difahamkan, mesin itu mula dicipta seorang anak muda di Kampung Baru di sini.

Mohd Rezuan Mat Isa, 31, mengusahakan mesin penetas telur itu bersama bapanya di rumah mereka apabila menyedari mesin itu akan mendapat sambutan tinggi, kerana dapat mempercepatkan hasil ternakan tanpa menggunakan cara tradisional.

“Saya mencipta sendiri mesin itu dengan menggunakan mesin mengawal suhu dari Itali dan mula bergiat secara kecil-kecilan sehingga kini dan bersyukur kerana mampu menjual mesin itu sudah melebihi 600 unit.

“Mesin itu dikhaskan kepada pelbagai jenis telur seperti telur ayam, itik, ayam piru, Belanda dan pelbagai jenis hasil ternakan lain yang mampu meningkatkan hasil ternakan dengan cepat,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Mohd Rezuan berkata, mesin itu belum lagi diketahui penduduk kampung kerana dia masih lagi tidak berpeluang memperkenalkan hasil ciptaannya.

“Mesin itu dapat memuatkan lebih 120 biji dan dijual pada harga RM430 seunit memandangkan pembinaan untuk sebiji mesin itu terpaksa mengambil masa selama dua hari.

“Saya memasarkan mesin itu melalui Internet dan blog sendiri. Tempahan yang diterima akan dihantar melalui Pos Laju,” katanya yang bekerja di Plaza Tol Pendang.

Sementara itu, dia berkata, perusahaannya itu tidak mendapat bimbingan daripada mana-mana pihak dan sehingga kini tidak pernah mendapat mana-mana bantuan.

Mohd Rezuan berkata, dia mengalami masalah untuk menyediakan tempahan daripada pelanggan memandangkan tidak mempunyai bengkel khusus pembuatan mesin itu dan peralatan yang lengkap menyebabkan tempahan yang banyak terpaksa ditolak.

“Kadangkala pelanggan membatalkan tempahan yang dibuat kerana lambat menyebabkan saya begitu memerlukan bengkel daripada mana-mana pihak,” katanya.

Sinar Harian difahamkan mana-mana pihak yang ingin melihat pembuatan itu boleh berkunjung ke rumahnya atau menghubunginya di talian 0165538950 atau melayari http://akubudaktol.blogspot.com
BACA DISINI

Khamis, 2 Jun 2011

THERMOSTAT ITALY(CAEM) UNTUK DIJUAL.PROMOSI TERHEBAT PEMBELIAN
THERMOSTAT AKAN DIHADIAHKAN TERMOMETER OUTDOOR.HARGA JUALAN RM 90.00 TERMASUK KOS PENGHANTARAN.KOS PENGHANTARAN KHIDMAT POS LAJU RM 10.00.SILA CALL UNTUK PEMBELIAN DAN PERTANYAAN.

ANAK AYAM MUTIARA UNTUK DIJUAL

KINI STOK ANAK AYAM MUTIARA DAH ADA BERUSIA  HAMPIR 1 BULAN UNTUK DIJUAL,SEEKOR BERHARGA RM 18.00,RM15.00 PENGHANTARAN BOLEH DILAKUKAN DISEMUA DESTINASI STESEN BAS EKSPRESS UTAMA SETAP NEGERI DAN PEKAN BERHAMPIRAN.BERMINAT CALL SAYA UNTUK BELIAN DAN PENGHANTARAN.ANAK AYAM DIJAMIN SIHAT

Selasa, 21 Disember 2010

MENGAPA ANDA PERLU MILIKI INKUBATOR INI BERBANDING KELUARAN YANG LAIN DI PASARAN...INI KELEBIHAN INKUBATOR SAYA.

SALAM BUAT SEMUA PEMBACA BLOG AYAM KAMPUNG/KEDAH.

   KUALITI DAN PENGHASILAN PENETASAN YANG TERBAIK SERTA KEKUKUHAN HASIL BUATAN TANGAN DAN JUGA FORMULA YANG TERBAIK DALAM TEKNOLOGI PENETASAN UNGGAS MENJADI KEUTAMAAN SAYA UNTUK TERUS MEGHASILKAN INKUBATOR INI.FORMULA SERTA KEPAKARAN DALAM MENGHASILKAN INKUBATOR SERTA PENGALAMAN,MEMBANTU SAYA MENINGKATKAN PENJUALAN INKUBATOR SERTA PENAMBAHAN PERMINTAAN DARI PEMBELI YANG SUDAH PERNAH MENGGUNAKAN  ALAT INI,MENAIKKAN LAGI KEKUATAN SEMANGAT DALAM BIDANG TEKNOLOGI INI.
 DENGAN PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN YANG BERKUALITI PASTI ANDA BERPUAS HATI SETALAH MEMILIKI ALAT INI....
DI SINI SAYA AKAN  JELASKAN BAHAN-BAHAN YANG SAYA GUNAKAN:-

1)PLAYWOOD YANG SAYA GUNAKAN TEBAL 9MM DIPERBUAT DARI KAYU BALAK DAN SAYA MEMILIH PLAYWOOD INI KERANA IA KERAS SUPAYA TIDAK MUDAH LEKANG/TERKOYAK  BILA TERKENA AIR,LAGI SATU KUAT BILA DI SKRU.

ADA PLAYWOOD YANG LEBIH MURAH IAITU JENIS PLAYWOOD DIBUAT DARI BATANG KELAPA SAWIT,INI SANGAT LEMBUT DAN MUDAH LEKANG.........

 UNTUK PENGETAHUAN ANDA INI ADALAH  RISIKO INKUBATOR YANG DIPERBUAT DARI KOTAK PLASTIK YANG DIBELI DARI PASARAYA.
***TIDAK DAPAT MENYIMPAN HABA PADA TAHAP YANG LAMA

*** PLASTIK JUGA AKAN RAPUH APABILA ADA TINDAKBALAS KEPANASAN DAN KELEMBAPAN..

***JIKA DIBUKA PENUTUP ATAS SEMUA HABA AKAN KELUAR DAN IA MENGAMBIL MASA YANG AGAK LAMA UNTUK PANAS SEMULA.(KOS ELEKTRIK AKAN MENINGKAT)

2)THERMOSTAT YANG SAYA GUNAKAN MERUPAKAN THERMOSTAT YANG TERBAIK DAN PALING TAHAN,(barang yang baik dan kualiti pasti sedikit mahal)TIDAK MUDAH ROSAK DAN JAMINAN GANTIAN JIKA ROSAK DALAM MASA SETAHUN.SAYA DAH JUAL HAMPIR 500 UNIT MESIN INI,TIDAK SATU PUN YANG ROSAK ATAU DIPULANGKAN KERANA TIDAK BERFUNGSI.(NADI UTAMA INKUBATOR ADALAH THERMOSTAT)

3)HASIL KERJA TANGAN MANUAL DARI GERGAJI/POTONG PLAYWOOD SEHINGGA SIAP MENGGUNAKAN TENAGA MANUSIA SEPENUHNYA,

4)BAHAGIAN RAK TELUR MENGGUNAKAN JARING DAWAI BRC.KAYU RANGKA RAK TELUR MENGGUNAKAN KAYU YANG DIBELI DARI KILANG BALAK YANG BERHAMPIRAN KAWASAN SAYA.JAMINAN TIDAK MUDAH PATAH JIKA MASUKKAN TELUR PADA TAHAP MAKSIMUM.

5)BAHAGIAN ATAS INKUBATOR  BOLEH DIBUKA UNTUK PENYELENGARAAN WAYARING...WAYAR YANG DIGUNAKAN JENIS WAYAR TEMPORARY,TAHAN DAN TIDAK MUDAH TERCABUT SAMBUNGAN PADA WAYAR.

BANYAK LAGI KELEBIHAN YANG TERDAPAT DALAM INKUBATOR SAYA INI,SEPERTI MANUAL PENGGUNAAN,SERVIS SELEPAS JUALAN,KHIDMAT NASIHAT PERCUMA SELEPAS JUALAN DAN BERBAGAI LAGI......
PENGALAMAN PENGENDALIAN INKUBATOR  ADALAH PENGALAMAN PERIBADI SAYA,JADI SETIAP MASALAH  BERKAITAN INKUBATOR INI INSYALLAH SAYA BOLEH SELESAIKAN.......SETIAP SEN YANG ANDA BAYAR PASTI ADA HASILNYA...ITU JANJI SAYA....

SEKARANG  INI PEMBELI YANG PERNAH MENGGUNAKAN PRODUK SAYA BERPUAS HATI DENGAN BARANGAN YANG DIBELI DAN ADA YANG MEMBELI LAGI UNTUK MENGEMBANGKAN PROJEK TERNAKAN MEREKA....

SAYA JAMIN ANDA AKAN DAPAT TETASKAN UNGGAS ANDA....


AWAS SEKARANG ADA BANYAK PENIPUAN JUALAN INKUBATOR SERUPA DENGAN GAMBAR INKUBATOR SAYA,BARU-BARU INI ADA ORANG DARI KELANTAN TERTIPU
APABILA DIA BANK-IN BARANG TIDAK SAMPAI....DIA ORANG COPY DAN IKLANKAN PRODUK INI....HARAP ANDA TIDAK TERTIPU.....

JANGAN RISAU JIKA ANDA BERADA JAUH DARI LOKASI SAYA,SETIAP PEMBELIAN PRODUK SAYA, SAYA AKAN URUSKAN PENGHANTARANNYA..

Khamis, 25 November 2010

PAMERAN INKUBATOR SAYA DI MAHA 2010

ALHAMDULILLAH........ KINI INKUBATOR SAYA BERADA DI PAMERAN MAHA 2010.ANDA BOLEH LIHAT SENDIRI DI LOT 112 DI PAMERAN TERSEBUT YANG KINI SEDANG BERLANGSUNG DARI 25 HB NOVEMBER 2010 HINGGA 05 HB DISEMBER 2010.PAMERAN INKUBATOR INI DIBUAT OLEH AGENT SAYA DI SANA....TEMPAHAN BOLEH DI BUAT PADA AGENT SAYA DENGAN DEPOSIT RM 50.00 ANDA BOLEH MELIHAT SENDIRI HASIL TETASAN DAN CONTOH INKUBATOR SAYA,JIKA YAKIN DENGAN BARANG SAYA,ANDA BOLEH BUAT TEMPAHAN........SEKIAN TERIMA KASIH......

Khamis, 11 November 2010

SERBA RINGKAS DAN INFO TENTANG INKUBATOR SAYA

ALHAMDULILLAH KINI INKUBATOR SAYA ADALAH YANG PALING BANYAK TERJUAL DALAM 2 1/2 TAHUN. SAYA DAH MENJUAL LEBIH DARI DARI 400 UNIT....KINI PEMBELI YANG TELAH MEMILIKI INKUBATOR SAYA TELAH MEMBELI SEMULA UNTUK UNIT KE-2.INI DISEBABKAN TERNAKAN SUDAH BERTAMBAH BANYAK............KINI SAYA BANYAK DAPAT TEMPAHAN DARI PEMBELI BARU TIDAK KURANG JUGA  PEMBELI YANG PERNAH MEMBELI INKUBATOR SAYA DULU......KADANG-KADANG SAYA RISAU JUGA, TAKUT PEMBELI YANG MEMBELI TIDAK BERJAYA MEMBUAT PENETASAN,KERANA PEMBELI TIDAK MEMBUAT SEBARANG PERTANYAAN SELEPAS PEMBELIAN ,TAPI BILA SAYA TELEFON BALIK PADA PEMBELI,MEREKA TELAH BERJAYA MEMBUAT PENETASAN DENGAN BERPANDUKAN MANUAL YANG SAYA BERIKAN.MANUAL YANG SAYA BUAT ITU ADALAH BERDASARKAN PENGALAMAN PERIBADI SAYA.
KEPADA YANG TERCARI-CARI INKUBATOR SAYA SYORKAN MEMBELI INKUBATOR SAYA INI,DENGAN JAMINAN PENETASAN YANG TINGGI DAN TERMOSTAT JENAMA CAEM DARI ITALY YANG TERBAIK SERTA JAMINAN KETAHANAN INKUBATOR SELAMA 10 TAHUN.KEROSAKAN THERMOSTAT JUGA DIJAMIN,JIKA TIADA UBAHSUAI PADA THERMOSTAT ITU.
SAYA JUGA TELAH DAPAT FORMULA YANG TERBAIK DALAM SISTEM PENETASAN AYAM,ITIK DAN PUYUH.KAPASITI TELUR AYAM BOLEH DIMASUKKAN SEBANYAK 120 BIJI TELUR.TEMPAHAN INKUBATOR TIDAK DIKENAKAN DEPOSIT,BILA SUDAH SIAP,DAN SUDAH READY NAK HANTAR BARU BANK-IN DAN PENGHANTARAN AKAN DIBUAT PADA HARI ITU JUGA.USAH RISAU DAN TAKUT JIKA INKUBATOR ANDA TIDAK SAMPAI,KERANA PENGHANTARAN DI BUAT DARI RAKAN PEMANDU BAS ADALAH MEREKA YANG SERING MENGHANTAR BARANG SAYA INI,JIKA ANDA TIDAK MEMPERCAYAI SAYA ATAU WAS-WAS TAKUT BARANG TIDAK DIHANTAR,ANDA BOLEH BUAT BAYARAN PADA PEMANDU BAS TERSEBUT BILA BARANG DAH BERADA DI TANGAN ANDA.....ITU JAMINAN SAYA.YANG PENTING SALING PERCAYA MEMPERCAYAI.SEKIAN WASSALAM..............

Jumaat, 22 Oktober 2010

JAMINAN KUALITI DAN KADAR PENETASAN YANG TINGGI DARI INKUBATOR KELUARAN SAYA

   SETIAP PEMBELI INKUBATOR PASTI MAHU MENDAPAT HASIL DARI APA YANG DI BAYAR.(BELI).KITA PERLU TAHU,UNTUK MENGGUNAKAN INKUBATOR MEMERLUKAN PENJAGAAN YANG RAPI KERANA IA BERKAITAN BENDA HIDUP,TIDAK SEPERTI MENANAM POKOK.POKOK KITA MEMERLUKAN AIR DAN BAJA YANG CUKUP PASTI POKOK ITU AKAN TERUS HIDUP.BERLAINAN DENGAN INKUBATOR,IA PERLU DI SELENGGARA SETIAP HARI DAN PEMANTAUAN PERLU DI BUAT BAGI MEMASTIKAN SUHU DALAM INKUBATOR ITU BERADA DALAM KEADAAN STABIL BAGI MEMAKSIMUM KADAR PENETASAN,OLEH ITU  FORMULA  YANG SAYA GUNAKAN SELAMA INI TELAH BERJAYA MEMBUAT TELUR AYAM,ITIK,PUYUH,SERTA BURUNG DAPAT MENETAS DENGAN BAIK. 
MANA MUNGKIN SAYA DAPAT MENJUAL INKUBATOR INI LEBIH DARI 400 UNIT.JIKA TIDAK BERJAYA MENETAS PASTI SAYA DAH LAMA TUTUP PERNIAGAAN INI DAN JUGA PASTI DI MAKI-HAMUN OLEH PEMBELI INKUBATOR DALAM BLOG INI.....DENGAN MANUAL YANG MUDAH DI FAHAMI,PASTI MUDAH KITA MENYELENGGARA INKUBATOR INI...DARI MAKLUM BALAS PEMBELI,SAYA DAPATI PEMBELI INKUBATOR SAYA HAMPIR SEMUA TELAH BERJAYA MEMBUAT PENETASAN DENGAN MUDAH BERBEKALKAN MANUAL PENGGUNAAN YANG SAYA BERIKAN.INI KITA DAPAT LIHAT DARI KOTAK PERBINCANGAN DAN CADANGAN DI ATAS.....JAMINAN KETAHANAN INKUBATOR INI SELAMA 10 TAHUN,THERMOSTAT YANG SAYA GUNAKAN ADALAH YANG TERBAIK,KELUARAN  CAEM(ITALY).THERMOSTAT INI ADA PENEBAT SERAMIK YANG YANG DAPAT TAHAN DARI LITAR PINTAS LIHAT GAMBAR:-

    DALAM GAMBAR INI JUGA TERTERA TULISAN 250V.KADAR ELEKTRIK DI MALAYSIA VOLTAN  SEBANYAK 240V.INI BERMAKNA IA DAPAT BERTAHAN JIKA BERLAKU ELEKTRIK BERLEBIHAN..KINI TELAH LEBIH 400 UNIT YANG SAYA JUAL,TIDAK ADA SATU PUN KEROSAKAN MELIBATKAN THERMOSTAT JENAMA INI.SAYA YAKIN THERMOSTAT JENAMA INI KERANA SEBELUM INI SAYA TELAH GUNAKAN PELBAGAI JENIS THERMOSTAT JENAMA LAIN TAPI AKAN MENGALAMI PELBAGAI MASALAH SEPERTI,TERKENA RENJATAN ELEKTRIK,NYALAAN LAMPU YANG TIDAK PADAM,BACAAN SUHU TIDAK TEPAT.HARUS DIINGAT JIKA HANYA SEKALI THERMOSTAT INI BUAT HAL,CONTOHNYA TIDAK TERPADAM PADA SUHU YANG DITETAPKAN .TELUR YANG KITA ERAM SELAMA 18 HARI AKAN ROSAK SEMUANYA.INI KERANA  THERMOSTAT ADALAH NADI UTAMA DALAM INKUBATOR INI. INKUBATOR AUTOMATIK JUGA AKAN BERLAKU PERKARA SERUPA INI,KITA TAHU INKUBATOR AUTOMATIK HANYA MUDAH UNTUK KITA TIDAK PERLU KALIH TELUR,PADA HAKIKATNYA NADI UTAMANYA JUGA PADA THERMOSTAT...TRAY YANG BERGERAK HANYA MEMUDAH  UNTUK KITA TIDAK PERLU KALIH TELUR ITU SAJA.(SILA BACA PADA ATIKEL PERBEZAAN INKUBATOR MANUAL DAN AUTOMATIK PADA TAJUK KELUARAN SAYA DIBAWAH) 
INKUBATOR KELUARAN SAYA BERKAPASITI (BOLEH MASUK TELUR AYAM KAMPUNG) SEBANYAK 120 BIJI.DILENGKAPI TRAY YANG BOLEH SORONG DAN TARIK.MEMUDAHKAN PROSES PENYUCIAN KOTORAN.IA JUGA DI SAPU ANTI KULAT UNTUK KETAHANAN DARI KULAT AKIBAT TINDAK BALAS AIR DAN UDARA LEMBAB.LIHAT GAMBAR DI BAWAH








INI ADALAH SALAH SATU HASIL PENETASAN TIDAK BERKALA IAITU MEMASUKKAN TELUR PADA SETIAP HARI TANPA MENGUMPUL TERLEBIH DAHULU(SETIAP HARI ADA HASIL ADA YANG MENETAS)INI BAIK KERANA BEKALAN ANAK AYAM SENTIASA ADA TIDAK TERPUTUS PENGELUARAN UNTUK JUALAN.




PADA BAHAGIAN TEPI,ATAS DAN BAWAH INKUBATOR DI LETAKKAN LIST ALUMANIUM SUPAYA IA LEBIH KUKUH DAN TIDAK TERKOPAK APABILA TERKENA AIR....SALAH SATU EKSESORI YANG WAJIB ADA PADA INKUBATOR SAYA...SERTA PEMEGANG DI BAHAGIAN TEPI SUPAYA PEMBELI MUDAH UNTUK MENGANGKAT SERTA MENGALIHKANNYA...










TRAY YANG KUKUH SUPAYA TIDAK MUDAH PATAH APABILA BEBANAN TELUR DIISI DALAM TRAY PADA TAHAP MAKSIMA






WAYARING DI DALAM INKUBATOR JUGA MENGGUNAKAN WAYAR TEMPORARY,MUDAH DISELENGGARA DAN TEMPAT MENGANTUNG  TERMOMETER AGAR MUDAH PEMANTAUAN SUHU  DARI LUAR INKUBATOR.DI BAHAGIAN ATAS JUGA SAYA HANYA LETAKKAN SKRU SUPAYA MUDAH DI BUKA UNTUK PERBAIKI JIKA ADA MASALAH WAYARING.

Khamis, 22 Julai 2010

PERBEZAAN INKUBATOR MANUAL DAN AUTOMATIK

Kita sedia maklum bahawa inkubator automatik lebih baik dari manual,kita tidak payah pusing telur sebab telur berpusing sendiri.Harus diingat harga inkubator yang berkapasiti 100 biji pun dah mencecah ribuan ringgit.tidak dinafikan juga inkubator ini di lihat canggih buatannya.Sekarang saya akan membuat perbandingan antara inkubator manual dan inkubator automatik...Jika dibandingkan tidak banyak kelebihan dari inkubator manual:-

Inkubator automatik:-

kelebihan
* tidak perlu kalih telur setiap hari.
* telur diletakkan didalam tray khas dan tidak boleh bergolek.(hanya tray yang bergerak)
* suhu dikawal oleh thermostat digital (ada setengah saja yang menggunakan thermostat manual)
*buatan mengunakan besi@playwood yang dilapik fomeca.
*alat pengerak telur menggunakan motor khas yang dikawal oleh timer.dan beberapa jenis  alat lagi

keburukan
*tidak banyak telur boleh diisi ini kerana tray yang dibuat khas lubang pada tray hanya untuk sebiji telur setiap satu.

*Bila motor(pemusing telur) rosak atau terbakar memerlukan kos yang tinggi dibaik pulih.kerana perlu dihantar pada individu yang membuatnya.kos repair mungkin hampir sama banyak dengan kos pembalian inkubator tersebut.

Berbanding inkubator keluaran saya,saya dah buat khas untuk anda  menyelenggara kerana disetiap bahagian atas saya skru dan mudah untuk dibuka bahagian atas(wayaring)

* proses memantau hanya boleh di lakukan diluar inkubator kerana  suis inkubator perlu dimatikan untuk membuka pintu inkubator AUTOMATIK

(berbanding dengan inkubator manual  keluaran saya boleh dibuka pada bila-bila masa yang kita mahu)

*anak ayam yang menetas akan jatuh terus  ke lantai tray,ini boleh meyebabkan kecacatan pada anak ayam tersebut.

*kegunaan tenaga elektrik terlalu tinggi jika dibandingkan dengan inkubator manual keluaran saya kerana inkubator AUTOMATIK banyak mengunakan heater(besi pemanas owen)serta mengunakan kipas(air force)untuk menghembus udara panas.

Inkubator saya, menggunakan lampu mentol 5 watt dan kosnya lebih murah dan mudah ditukar bila terbakar mentol.hanya 40 watt elektrik

*thermostat digital  yang digunakan akan rosak kerana jangka hayat alat ini mungkin tidak sampai 10 tahun kerana alat ini mengunakan elektrik sepenuhnya.untuk beroperasi.

Thermostat yang saya gunakan jenama CAEM buatan ITALY dibahagian belakang bersalut seramik  dan selamat dari litar pintas. (nadi utama hanya thermostat)

* Inkubator automatik ini juga bila berlaku kerosakan pada motor ia mengambil masa yang lama untuk diperbaiki,bayangkan lah bila telur dalam inkubator anda ketika itu sudah menebuk,inkubator ini lambat untuk diperbaiki.,telur ayam anda akan rosak.ini kerana telur ayam hanya tahan selama 6 jam jika tiada elektrik.

Inkubator keluaran saya juga thermostatnya  mudah dibuka,hanya buka 2 skru dan tanggalkan wayar.jika berlaku kerosakan,buka dan hantarkan kepada saya.Saya akan hantar yang baru jika tiada ubah suai dilakukan.wayar boleh  disambung direct  tanpa thermostat(perlu dipantau suhu untuk waktu darurat macam situasi diatas.)


Inkubator manual:-ayam kampung kedah
*perlu alih telur setiap hari(3 kali sehari paling minimum)boleh dilakukan oleh kita sendiri,isteri atau anak serta pekerja kita dirumah atau bilik penetasan.Proses pengalihan telur tidak perlu dilakukan satu-persatu,.kita hanya perlu pusingkan atau mengharu seperti permainan mahjong.contohnya kita ikut tabiat ayam kita,ibu ayam menggalihkan telur dengan menggunakan kaki dan dia tidak mengalihnya satu persatu.

*tray(tempat letak telur) inkubator manual saya mengunakan jaring besi yang halus dan rata(telur bebas bergolek)serta proses memusingkan telur hanya tidak sampai 1/2 minit pun untuk proses mengalih telur.(buka pintu inkubator,harukan telur dan tutup)itu saja,bukan satu-satu pusing telur. Anak saya berumur 4 tahun setengah dah pandai memusingkan telur dirumah saya..o.k bila yakin semua telur dah terpusing terus tutup pintu inkubator,sambil tu perhatikan@pantau thermometer supaya suhu berada pada tahap yang betul.

*jangka hayat inkubator saya boleh digunakan selama lebih dari 10 tahun.ini kerana playwood yang digunakan telah saya sapukan dahulu bahan anti kulat.karana tindak balas air pada playwood akan menghasilkan kulat pada bahagian bawah tray.

*Para pembeli akan saya sertakan manual penggunaan kepada anda.Manual ini adalah pengalaman peribadi saya dalam kajian membuat inkubator dan proses pengurusan inkubator.serta cara satting thermostat dan banyak lagi lagi cara yang tidak akan dapati dari mana-mana buku dan tiori orang lain.Banyak lagi kelebihan yang ada pada inkubator saya ini.Anda pasti akan puas hati ,jika anda memiliki inkubator saya berbanding dari keluaran orang lain.

*KINI RAMAI YANG TELAH MEMBELI AKAN ORDER LAGI BEBERAPA UNIT TAMBAHAN KERANA TERNAKAN MEREKA   SEMAKIN BERKEMBANG MAJU,

JIKA PERNIAGAAN SAYA INI HANYA INDAH KHABAR DARI RUPA.PASTI SAYA TIDAK SAMPAI KE PERINGKAT INI.KINI PRODUK SAYA DAH BERADA DI KEMBOJA SERTA SELURUH  SEMENANJUNG MALAYSIA TERMASUK JUGA  SABAH DAN SERAWAK .

MAAF BUAT PENGUSAHA INKUBATOR AUTOMATIK.ARTIKEL INI BUKAN MEMPERLEKEHKAN INKUBATOR AUTOMATIK HANYA UNTUK BUAT PERBANDINGAN SAHAJA.WASSALAM

Rabu, 21 Julai 2010

GAMBAR -GAMBAR TERKINI

Kini ayam aku  bertelur semakin banyak  , cukuplah untuk aku tetaskan serta menambahkan koleksi ayam kampung ori.walaupun sibuk dengan kerja tapi kerana minat aku pada ayam dari kecik lagi aku usahakan juga.disini aku paparkan beberapa keping gambar yang aku rakamkan



















Rabu, 2 Jun 2010

SALAH SATU MASALAH,MENGAPA ANDA PERLU ADA INKUBATOR

Masalah yang sering kita hadapi ialah, apabila ayam bertelur di suatu tempat,ibu ayam suka berkongsi sarang
ini salah satu contoh gambar ayam kawan saya yang tidak mempunyai inkubator:-


lagi satu masalah ialah pemangsa yang kerap menganggu serta merosak telur ayam..bila ia berjaya makan.pemangsa ini akan beulang-alik selagi tidak habis telur berkenaan:-
 ini baru 2 masalah yang kita hadapi ada pelbagai lagi yang menyebabkan ternakan lambat membiak antaranya ialah ular,air hujan juga menyebabkan telur rosak kerana keasidan yang tinggi,panas yang melampau dan sejuk yang melampau.telur terlebih banyak contohnya sampai 15 biji satu sarang akan menyebabkan tidak semua berada di bawah perut ibu ayam.bersambung,,.........

Sabtu, 29 Mei 2010

MESYUARAT PERSATUAN AYAM KAMPUNG KEDAH

PADA 28/05/2010 SAYA DAN RAKAN-RAKAN TERNAK AYAM KAMPUNG DARI SEKITAR PENDANG,GURUN,YAN DAN ALOR SETAR TELAH MEMBUAT PERJUMPAAN DENGAN AHLI-AHLI PENTERNAK AYAM KAMPUNG.HASIL PEBINCANGAN KAMI TELAH BERSETUJU UNTUK MENUBUHKAN PERSATUAN AYAM KAMPUNG KEDAH.DALAM PERTEMUAN KAMI DAPAT BERTUKAR-TUKAR PENDAPAT DAN BERBINCANG MASA DEPAN PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG SERTA MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PENTERNAK.SERAMAI HAMPIR 20 PENTERNAK DAN KAMI BERKENALAN SESAMA KAMI.KAMI SEMUA SEPAKAT UNTUK UNTUK MENCARI AHLI SEKITAR PELUSUK NEGERI KEDAH UNTUK BAGI MERAMAIKAN AHLI KELAB SERTA MEMBUAT PENDAFTARAN PERTUBUHAN.DI SINI SAYA SERTAKAN GAMBAR UNTUK KITA KONGSI BERSAMA:-
    abang umar dari sg daun sebagai tuan merangkap naib pengerusi




saya bersama abang mat riban dari kanan dan baju unggu Din dari jabatan pertubuhan peladang gurun

Selasa, 27 April 2010

PAGAR AYAM DAN REBAN BARU

AKU BARU SAJA SELESAI MEMBUAT PAGAR AYAM BARU DI BELAKANG RUMAH.INI ADALAH GAMBAR YANG DAPAT AKU BERKONGSI BERSAMA ANDA..HABIS  RM 3K JUGA SIAP DENGAN UPAH.MUNGKIN SELEPAS INI AYAM AKU TAK PI JAUH LAGI DAN AKAN AKU KURUNG SAMPAI BOLEH JUAL.....SEBELUM NIE TAK DAN NAK JUAL HILANG SEPARUH DARI YANG BOLEH JUAL....RUGI, APA BOLEH BUAT AYAM KAMPUNG NIE PERMINTAAN TINGGI DI PASARAN.JUAL LAH BILA PUN MESTI LAKU PUNYA.....10 KAKI TINGGI PUAS HATI.............

  



Jumaat, 9 April 2010

OPERASI KUTIPAN TOL TERTUNGGAK

SEKARANG NIE BANYAK SYARIKAT GERGASI PENGANGKUTAN TELAH MELAKUKAN PENCEROBOHAN TOL.SYARIKAT
TOL  (PLUS) KERUGIAN JUTAAN RINGGIT AKIBAT DARIPADA KEGIATAN PENCEROBOHAN TOL.DALAM.HAL INI BANYAK TUAN PEMUNYA TIDAK MENYEDARI  SEMEMANGNYA   DRIVER  BUAT DUIT KOPI BILA DIBERI DUIT UNTUK MEMBAYAR TOL.BANYAK REKOD YANG KAMI JALANKAN OPERASI PENCEROBOHAN TOL , BILA DI TAHAN UNTUK  MENGUTIP SEMULA BAYARAN TOL MAKA ADA YANG MENGAKU TIDAK TAHU,MALAH DRIVER KEBANYAKAN AKAN MENGAKU BARU BAWA LORI,BARU KERJA,DRIVER GANTI DAN PELBAGAI LAGI.BILA DISIASAT DAN DIPRINTKAN GAMBAR DAN MUKA PEMANDU TERPAPAR KAT GAMBAR BARU BUAT MALU-MALU KUCING.MALAH ADA SANGGUP MENCEROBOH DAN MEMBELI RESIT DIPASARAN BLACK MARKET UNTUK MENIPU TAUKEY.PADA 09/04/2010 SAYA DAN  RAKAN PLUS YANG LAIN,TELAH MEMBUAT OPRASI DI PLAZA TOL SUNGAI PETANI SELATAN BAGI MENGESAN REKOD LORI YANG MELAKUKAN KESALAHAN PENCEROBOHAN.BERIKUT BEBERAPA GAMBAR YANG SEMPAT KAMI RAKAMKAN.:-



   PERBINCANGAN DENGAN DRIVER
SERTA MENDAPATKAN MAKLUMAT TUAN PEMUNYA BERDAFTAR

 
GAMBAR DAN BUKTI PENCEROBOHAN SERTA DARI RAKAMAN CCTV DI LORONG
ANTARA LORI DITAHAN DALAM OPERASI TOL VIOLATION
PERBINCANG BERSAMA PEMANDU
DAN NASIHAT TENTANG KEBURUKAN PENCEROBOHAN TOL


*NASIHAT KEPADA ANDA YANG MEMILIKI KENDERAAN SILA PERIKSA REKOD KENDERAAN ANDA DI PLAZA TOL TERDEKAT BAGI  MENGELAKKAN DARI DITAHAN DALAM  OPERASI PENCEROBOHAN TOL.DAN JUGA SEBELUM MEMBELI KENDERAAN SILA PERIKSA REKOD PENCEROBOHAN TOL.MUNGKIN  ADA REKOD CEROBOH TOL.JIKA ADA,NASIHATKAN OWNER LAMA BAYAR DULU DI PLAZA TOL TERDEKAT.DAN DAPATKAN RESIT BAYARAN BARU BELI.

DALAM OPERASI BANYAK KAMI DAPATI ,REKOD OWNER LAMA,DALAM OPERASI,KAMI PERIKSA BERDASARKAN  NOMBER PLEET KENDERAAN BUKANNYA NAMA PEMANDU.OPERASI AKAN DI JALANKAN DARI MASA KE SEMASA.HARAP MAKLUM. 

Khamis, 25 Mac 2010

CARA NAK ORDER INKUBATOR

NAMA DAN LOKASI:-
ALAMAT PENUH :-

SILA HANTAR SMS KE TALIAN 016-5538950
@  EMAIL BOBLEMAN2001@YAHOO.COM


BAYARAN DEPOSIT TIDAK DIKENAKAN
BARANG SIAP BARU BAYAR.

Isnin, 22 Februari 2010

INKUBATOR AKU DAH ADA KAT LANGKAWI PULA,BARU NIE KAT KEMBOJA.

TERIMA KASIH BUAT DATO' ABU BAKAR  BIN TAIB  (AHLI PARLIMEN LANGKAWI) KERANA TELAH MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA SAYA.DATO' TELAH MEMBELI 10 UNIT INKUBATOR BUATAN SAYA BAGI MEMBANTU GOLONGAN IBU TUNGGAL UNTUK MENTERNAK AYAM KAMPUNG KAT LANGKAWI. SYABAS DATO' SEGALA USAHA MURNI DATO' AKAN MENGUATKAN LAGI SOKONGAN TERHADAP DATO'.
SAYA CUKUP GEMBIRA KERANA DATO' SEKELUARGA MENYOKONG PRODUK SAYA INI.DULU 5 KINI LAGI 5 TERIMA KASIH  DATO' DAN DATIN ZALIHA.

Ahad, 21 Februari 2010

HANYA NASIHAT BUAT SEMUA PEMBELI

SYUKUR KINI SAYA DAH BERJAYA MENJUAL INKUBATOR YANG KE 220 UNIT.TERIMA KASIH BUAT SEMUA YANG MEMBELI PRODUK SAYA.JIKALAU ADA MASALAH (TIDAK MENETAS)SILA AJUKAN MASALAH KEPADA SAYA INSYAALLAH SAYA AKAN MEMBANTU ANDA.JIKA DAH BELI DARI ORANG LAIN SAYA TIDAK DAPAT MENOLONG KERANA BUATAN ORANG LAIN TIDAK SERUPA DENGAN BUATAN SAYA.KINI DAH ADA PEMBELI YANG MEMBELI PRODUK SAYA (MENIRU)DAN MENJUAL KEPADA ANDA DI LAMAN-LAMAN WEB YANG BOLEH DIDAPATI KAT WEB  BUAT PENGIKLANAN PERCUMA.. SAYA JUGA  ADA MENJUAL THERMOSTAT, JIKA ANDA NAK BUAT SENDIRI, .UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI SAYA BOB 016-5538950 TERIMA KASIH.

Khamis, 28 Januari 2010

kongsi cerita orang lama

Ada seorang (orang lama bela ayam) dari daerah pendang dapat pergi ke tanah suci 2 kali dengan sumber pendapatan menjual telur ayam kampung.ketika itu beliau membela ayam sebanyak 400 ekor (ibu ayam).(pak long ya tobiar)sekarang nie dah tak berapa sihat dah.


sekarang nie ada juga yang bergantung hidup dengan menjual telur ayam kampung.(pak lang mat dari kampung banggol besi pendang)sampai tak menang tangan untuk penuhi permintaan.

Rabu, 13 Januari 2010

ADAKAH INKUBATOR DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN HASIL PENTERNAKAN ANDA?

INKUBATOR (PENETAS TELUR AYAM)ADALAH ALAT YANG DAPAT MEMBANTU MENGKOMERSIALKAN  DAN MEMPERBESARKAN JUMLAH  TERNAKAN SERTA MEMPERCEPATKAN LAGI PROJEK ANDA BERKEMBANG.


CUBA BAYANGKAN DALAM MASA 2 BULAN,AYAM ANDA  YANG JUMLAHNYA DARI 20 EKOR(IBU AYAM)BOLEH BERTAMBAH MENJADI 200 EKOR ANAK AYAM. DALAM MASA 2 BULAN......SAJA   KENAPA TAK PERCAYA?????


MARI SAYA JELASKAN:- SEEKOR IBU AYAM BERTELUR  10 BIJI X 20 EKOR=200 BIJI.


ORANG KATA TAKKAN SEMUA BERTELUR SERENTAK.....OK BETUL, DALAM MASA 2 BULAN  SEMUA AYAM TIDAK BERTELUR SERENTAK TETAPI  AKAN BERTELUR JUGAK,  AYAM YANG BAWA ANAK JIKA TIDAK DIPISAHKAN AKAN BAWA ANAKNYA SAMPAI UMUR 4 BULAN BARU BERCERAI IBU.OLEH ITU MACAMMANA NAK KOMERSIALKAN AYAM ITU KALAU KITA BAGI MAKAN FREE   SAJA   SELAMA 4 BULAN TAPI TAK BERTELUR....DAH LA  TU,BAWA ANAK  PULAK 4 EKOR AJA.MAKAN MODAI  LA JAWABNYA.....BILA NAK MAJU INDUSTRI AYAM KAMPUNG.....


CARA  PENYELESAIANNYA


BELI  ANAK AYAM KAMPUNG......OK KE CARA TU?MEMANG BOLEH TAPI............

 MASALAHNYA:-

1)  SAMPAI BILA NAK BELI  ANAK AYAM KAT ORANG TENGAH.LAGIPUN  KADANG-KADANG  ADA  STOK  DAN KADANG-KADANG TAKDAK STOK.

  2)  ANAK AYAM HARGA RM2.00-RM3.00 SEEKOR ITU PUN DAH KIRA PALING MURAH LA.

 (KALAU GUNA INKUBATOR   TETASAN BEBERAPA KALI DAH BALIK MODAL)
 
3)SELALUNYA TERKENA ANAK AYAM KACUK(SUM-SUM)@CAMPUR KATA ORANG CINA.

  4)AYAM KACUK TAKDAK HARGA,SEKITAR RM 5 HINGGA RM 6 SEKILO.
                              
  5)SUKAR NAK JUAL DAN KURANG KHASIAT BERBANDIG AYAM KAMPUNG ORI


GUNA INKUBATOR DAN FAEDAH-FAEDAHNYA

  1)KOS PENGHASILAN ANAK AYAM YANG RENDAH,HANYA RM0.60 SEEKOR,ITUPUN JIKA KITA MEMBELI TELUR AYAM KAT ORANG. RM0.50 TELUR DAN KOS ELEKTRIK RM0.10.

 2)INKUBATOR  JANGKA HAYATNYA BOLEH CECAH 10 TAHUN. KITA BOLEH GUNA MACAMMANA PUN TAKPA , KITA  SENDIRI  PUNYA.
                        
3)KOS ELEKTRIK MINIMA HANYA GUNA MENTOL 5 WATT X  8 =40WATT SAMA DENGAN LAMPU KALIMANTANG DIRUMAH.KADAR NYALAAN HANYA SEPARUH HARI SAJA WALAUPUN ON 24 JAM(CUT/OFF)

4)SEKALI MENETAS BOLEH  MENCECAH 120 EKOR UNTUK SEKALI TETASAN.DALAM MASA 18 HARI

 5)TELUR BOLEH DIMASUKKAN SETIAP HARI(JIKA ADA RUANG)CUMA TULIS TARIKH.

6)BEKALAN ANAK AYAM SENTIASA ADA DAN STOK ANAK AYAM SENTIASA BERPANJANGAN.

 7)ANAK YANG DIHASILKAN SAMA USIA DAN DAPAT DIJUAL DENGAN BANYAK  DAN SEKALI  GUS ( HARUNG)


DISINI SAYA INGIN NYATAKAN BAHAWA PENGGUNAAN INKUBATOR BOLEH MENJIMATKAN MASA DAN TENAGA ANDA.DISAMPING ITU KITA BOLEH JADI PENTERNAK KOMERSIAL BERBANDING CARA LAMA ATAU TRADISIONAL.


KINI SAYA TELAH MENJUAL HAMPIR 200 UNIT INKUBATOR DAN TIADA SEBARANG KOMPLEN DARI PENGGUNA.TIADA KEROSAKAN TERMOSTAT DILAPORKAN.SAYA JUGA BERBANGGA  KINI SAYA TELAH BERJAYA MEMBANTU RAMAI ORANG MENJADI PENTERNAK AYAM.DAN MEMBUKA PELUANG KEPADA PARA PENGANGGUR DAN PENGGEMAR HOBI MENTERNAK.SERTA PENTERNAK SAMBILAN(PARTIME). 

ANDA JUGA TAKKAN  BERJAYA MENTERNAK AYAM SECARA KOMERSIAL,JIKA TIDAK ADA INKUBATOR.

PERHATIAN :-TIDAK SEMUA INKUBATOR MENETAS DENGAN BAIK.KADANG-KADANG TIDAK MENETAS LANGSUNG PUN ADA.OLEH ITU SAYA SYORKAN ANDA FIKIR BAIK-BAIK JANGAN TERKENA YANG TIADA KUALITI.
JIKA ADA MASALAH ATAU PERTANYAAN SILA HUBUNGI  SAYA DI TALIAN     016-5538950

Sabtu, 5 Disember 2009

APA ITU INKUBATOR PENETASAN AYAM ?



INKUBATOR Ialah alat/mesin ciptaan manusia yang mengantikan pengeraman ibu ayam.alat ini menggunakan tenaga elektrik,terdiri daripada satu unit termostat dan 8 biji mentol 5 watt serta satu unit termometer peyukat suhu.mesin ini boleh mengeram telor ayam,puyuh,itik,angsa serta telor burung.
MENGAPA ANDA PERLU MENGGUNAKAN INKUBATOR?

1)Kos penetasan yang rendah, hanya rm 0.60 termasuk kos elektrik.                                               

2)Bila telor yang diambil/rampas ibu ayam tersebut akan bertelor lagi dalam masa yang singkat.

3)Ibu ayam yang membawa anak akan mengambil masa yang lama untuk bertelor lagi mungkin hampir 5 bulan bawa anak.
4)Anak ayam yang ditetaskan dari inkubator akan selamat dari ancaman pemangsa serta mati kesejukan.

5)Bila ibu ayam banyak mengeram,ibu ayam tersebut selalunya akan berebut sarang dan telor sendiri akan ditinggalkan.telor ayam yang telah melalui proses pengeraman akan rosak jika ditinggalkan lebih dari 6 jam.

6)Jika ayam bertelor l5 biji tidak semua akan muat didalam/bawah perut ibu ayam.telor yang terkeluar dari perut ibu akan rosak/tembelang.jika dimasukkan kedalam inkubator perkara ini dapat diatasi.

7)Telor yang di eram oleh ibu ayam akan terdedah pada cuaca yang tidak menentu cth:-hujan,panas,sejuk serta pemangsa spt:-ular /biawak.

8)Telor ayam yang terlewat menetas akan ditinggalkan ibu tersebut,hanya yang cepat menetas akan dibawa bersama. telor ayam tempoh pengeraman selama 18-21 hari, ini akan terjadi kelewatan menetas.yang dah menebuk pun akan ditinggalkan.

9)Telor masih dalam proses pengeraman juga boleh dimasukkan ke dalam inkubator.tiada masalah dan tempoh pengeraman sama sahaja.

10)Anak ayam yang menetas akan dijaga dan dibela sehingga berumur sebulan baru dilepaskan kedalam reban.anak ayam akan membawa diri sendiri tanpa mengikut ibu.

11)Pembelian anak ayam di pasaran rm2.00 seekor dengan ada inkubator sendiri modal hanya rm0.60 seekor.itupun jika anda membeli telor berharga rm 0.40.kalau ada telor sendiri lagi untung.HANYA MODAL ELEKTRIK RM 0.20

12)Anda boleh membuat penjualan sendiri anak ayam dan membuka pusat pembenihan.

13)Anak ayam yang keluar dari inkubator akan dipanaskan dengan lampu 5 watt,ini akan menghindarkan anak ayam dari kesejukan.

14)Jika banyak ibu ayam membawa anak,maka akan berlaku perkelahian sesama mereka untuk merebut makanan.masing-masing nak rebut untuk anak.

15)Jika mahu menjadi penternak komersial,kita perlu ada inkubator.ayam akan cepat membiak dan pengurusan kita akan menjadi lebih senang.

16) Telor ayam boleh dimasukkan secara berperingkat-peringkat,jika ada 10 biji boleh dimasukkan kedalam inkubator,cuma tulis tarikh pada telor tersebut.besok jika ada lagi boleh masukkan lagi,yang penting cuma tulis tarikh saja.

17)SISTEM PENGERAMAN INI DAPAT MENGHINDAR DARI HAMA-HAMA YANG BOLEH MENYEBABKAN KEGATALAN KULIT.

JADI TERPULANG LAH PADA ANDA MEMIKIRKAN SECARA LOGIK.SEMOGA ANDA AKAN MENJADI PENTERNAK YANG BERJAYA.....

PENGURUSAN ANAK AYAM

1)Anak ayam yang baru menetas 1 hingga 2 minggu perlukan tempat yang khusus bagi mengelak kesejukan.Oleh itu kotak yang bersesuaian diperlukan untuk memanas serta mengelak dari mati terpijak dan terhimpit dari ayam yang lebih besar.

2)lampu perlu dipasang 24 jam bagi anak ayam yang berusia 2 minggu kebawah,mentol lampu berkuasa 5 watt sahaja.

*anak ayam bawah 2 miggu lampu perlu dipasang 24 jam.

bagi anak 2 minggu ke atas lampu dipasang waktu malam sahaja.


3)Anak ayam yang berusia lebih 2 minggu perlu diasingkan dan dipindahkan ke tempat yang lebih luas untuk keselesaan serta mengelak dari mati terhimpit dan terpijak.

4)Anak ayam yang berusia 1 bulan boleh dipindah ke reban dan dilepaskan bersama ayam dewasa yang lain.pastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi bagi memberi kecergasan serta mampu melawan penyakit.




KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN 27/12/2009
INKUBATOR YANG DIHASILKAN OLEH AKU,  DIJUAL KEPADA SAUDARA
KHAIRY DARI CHANGLOON SEBANYAK 3 UNIT.KINI BELIAU DAH MAMPU MENJADI USAHAWAN PENGELUARAN BENIH AYAM PIRU.TAHNIAH SAUDARA KHAIRY
SEMOGA DAPAT MEMPERBESARKAN LAGI BISNES ANDA.

perihal thermostat italy

Mengenali Inkubator dengan Termostat Itali

Memang betul apa orang cakap, organ paling penting dalam sesebuah inkubator ialah termostat. Termostat yang baik menghasilkan peratusan tetasan yang tingi. Kalau termostat jenis cikai je, telur yang menetas pun cikai la jugak. Kali pertama saya menggunakan inkubator dengan termostat buatan Itali ni menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Daripada 1o biji telur, 7 biji telah menetas, 1 biji rosak dan 2 biji lagi tak menetas mungkin sebab tiada benih jantan di dalamnya. Saya rasa kalau semua telur tu ada benih, boleh jadi semua akan menetas atau sekurang-kurangnya 80 % akan menetas.

Ciri-ciri termostat Itali:

Julat Suhu :1-110 darjah celcius/ Suhu kendalian maksimum pada termostat: 80oC / Suhu kendalian maksimum pada bulb stainles steel: 44oC / Panjang bulb stainlessteel : 180 mm / Diameter bulb stainles steel : 180 mm / Panjang dawai bulb : 900 mm

Knob @ tombol C.A.E.M. termostat ditulis dengan jelas, oleh itu pelarasan mudah dibuat. Pusingan knob lebih sensitif dengan nisbah pusingan yang besar untuk melaras suhu perbezaan suhu yang kecil. Ini akan memudahkan pelarasan yang dibuat. Perbezaan suhu cuma 1 darjah Celcius, sebagai contoh jika lampu padam pada 39 darjah Celcius, ia akan menyala semula pada 38 darjah Celcius. Ini menjamin tahap berjayanya penetasan sesebuah inkubator.

Suhu operasi termostat jenis ini adalah 0-110 darjah Celsius, menjadikan ia adalah termostat terbaik untuk digunakan pada inkubator kerana kebanyakan suhu pengeraman hanyalah sekitar 39 darjah Celcius. Ketepatan termostat berjulat 0-110

Selain itu, semua bahagian logam termostat ini dibuat dari stainless steel @ keluli tahan karat, ini dapat mengelakkan ia berkarat apabila digunakan dalam persekitaran incubator yang lembap dan panas dalam tempoh yang lama

Tanda CE pada badan termostat menunjukkan bahawa ia telah memenuhi standard @ piawai keselamatan, kesihatan dan perlindungan persekitaran yang disahkan oleh European Union. Ini menunjukkan produk ini selamat, berkualiti dan diiktiraf.

Termostat ini mempunyai 3 kaki yang dilabelkan dengan tanda P, 1 dan 2. Padalah arus masuk, 1 adalah arus keluar manakala 2 adalah arus berlawanan dengan 1.
Badan termostat dibuat daripada seramik, memberikannya kekuatan dalam menghalang litar pintas dan panas lampau. Ia juga adalah antara penebat yang terbaik. Kepanasan yang terhasil tidak akan dapat merosakkan komponen lain dalam inkubator.
Cetakan pada badan termostat menunjukkan ia adalah produk C.A.E.M. tulen dan beroperasi dengan voltan maksimum 250V yang mana adalah selamat untuk digunakan di Malaysia yang hanya beroperasi pada 240V sahaja.

TIPS PENETASAN MENGGUNAKAN INKUBATOR

Kejayaan Menetaskan Telur Dengan Inkubator

Tidak semua telur yang dimasukkan ke dalam inkubator akan berjaya ditetas. Bagi pengusaha yang baru belajar menggunakan inkubator, sudah pasti mudah berputus asa dan menyalahkan inkubator. Sebenarnya, bagi pengusaha-pengusaha baru, jika 40%-60% telur berjaya ditetas, sudah memadai untuk dikatakan sebagai berjaya!

Bagi yang telah berpuluh-puluh tahun berkecimpung dalam bidang ini, belum tentu mereka dapat menetaskan 100% telur-telur tersebut.Betul tak?

Daripada perkongsian maklumat bersama pengusaha-pengusaha didapati beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk memaksimakan peratusan tetasan telur.

Antaranya ialah:

1.Telur mestilah bersih, kering dan bebas hama. Telur yang kotor dan basah dikhuatiri takkan menetas. Kalau boleh cuci kulit telur sampai bersih dengan kain kesat atau kertas pasir halus tapi pastikan tidak digosok terlalu kuat hingga retak atau kulit menjadi nipis.Kalau tuan-tuan pernah tengok telur kotor & basah yang boleh menetas tolong beritahu saya!

2. Telur tidak boleh dibiarkan lebih seminggu dari tarikh telur keluar dari rahim ibu ayam. Kalau tuan-tuan pernah berjaya tetaskan telur yang terbiar lama sila maklumkan kepada saya!

3. Kedudukan inkubator mestilah di tempat yang tertutup supaya suhu persekitaran terkawal. Bebas dari pancaran matahari dan tiupan angin. Bayangkan inkubator itu seperti ibu ayam yang sedang mengeram. Sudah tentu dia tidak suka mengeram di tempat yang terang dan terbuka. Betul tak?

4. Pastikan inkubator bebas daripada kuman,hama dan seumpama dengannnya.

5. Set suhu pada termostat hingga bacaan termometer berada antara 38-40 C sebelum memasukkan telur. Julat yang terlalu besar kurang bagus. Seeloknya lampu terpadam bila suhu naik sehingga 39 C atau turun sehingga 37 C.


6. Kelembapan inkubator perlu dikawal. Inkubator manual yang menggunakan bekas air untuk mengawal kelembapan perlu sentiasa mempunyai air. Kereta kita pun perlukan air bateri kan? Kalau air bateri kering apa akan jadi?

7. Peneropongan telur perlu dibuat pada hari ke-3, ke-14 dan ke-18 untuk memastikan berlakunya persenyawaan. Boleh dibuat secara manual dengan meneropong dengan “torch light” di tempat gelap. Kalau nampak ada urat-urat merah tu, INSYAALLAH tanda-tanda kejayaan!

egg-day-3egg3

embryo1embryo2

Di bawah ini disediakan tentang punca gagal menetas dan cara mengatasinya.

jadual masalah tetasan

8. Telur perlu diputar sekurang-kurangnya 3 kali sehari bagi memastikan embrio tidak melekat pada kulit dan keseluruhan telur mendapat kepanasan yang sekata. Kalau rajin, boleh alih setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik kerana ada penternak yang mendapat penetasan telur 90% dengan cara ini. Telur tidak dialih pada hari ke-18 dan pastikan bahagian merekah berada di atas kerana waktu itu anak ayam dah mula nak keluar. Kalau alih nanti takut cecair tumpah.

9. Kadangkala kita tengok ibu ayam meninggalkan telur tanpa dieram selama beberapa ketika untuk cari makan atau berguling-guling di atas pasir. Tingkahlaku tersebut ialah untuk mendinginkan telur. Kita boleh meniru aksi tersebut dengan membuka inkubator selama 10-15 minit atau keluarkan telur tersebut untuk diteropong.

10. Menjelang hari ke-18, kelembapan perlu ditambah untuk memudahkan pemecahan cengkerang.

11. Bila anak ayam dah keluar, ia perlu dibiarkan sehari semalam tanpa makan dan minum di dalam inkubator untuk mengeringkan bulunya sebelum dialih ke kotak D.O.C (Day of Chicken) yang dipasang lampu sebagai sumber pemanas. Boleh guna lampu 5 watt.

INSYAALLAH semoga rezeki kita diberkati. Tanda-tanda rezeki yang berkat ialah semakin rezeki bertambah, semakin kuat kita beribadat. Bukannya bila ayam-ayam bertambah banyak, kita semakin sibuk hingga tak sempat nak sembahyang.

TEMPAHAN INKUBATOR MASIH LAGI DIBUKA

PADA SEMUA PELAYAR BLOG INI,TEMPAHAN INKUBATOR MASIH LAGI DIBUKA,TEMPAHAN TANPA DEPOSIT.KAPASITI TELUR AYAM KAMPUNG BOLEH MUAT 120 BIJI,KELUASAN 24 INCI X18 INCI.HARGA JUALAN RM 430.00